Peserta dapat bersama 5 orang masyaikh yang berpengalaman dalam pelbagai bidang ilmu.
Peserta dapat belajar 5 topik yang berbeza dan relevan dengan keperluan semasa, menarik dan sesuai untuk semua golongan.
Peserta dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu topik selama beberapa hari secara online bersama keluarga.
Peserta dapat bersoal jawab dengan guru-guru secara langsung pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Para asatizah dan guru Al Quran dapat saling berkongsi maklumat dan pengalaman mengajar Al Quran.
Para asatizah dapat diperkenalkan sistem pembelajaran tajwid yang teratur oleh Sheikh Nader Fahd Sheikh Abdullah, iaitu penyusun buku tajwid Al Itqan Fi Tilawatil Quran, Buku Tajwid Amali dan Buku Latihan Pemantapan Hukum Tajwid melalui Juzuk 30.
Para asatizah mendapat tip-tip mengajar tajwid kepada para pelajar dengan cara yang mudah difahami.